Saturday, October 24, 2015

Cerita Harini

Hyee assalamualaikum
Harini aku sibuk sangat. Maklumlah hari Sabtu.
Mula2 aku bangun kol 6 solat subuh. Pastu aku rasa ngantuk sangat2 lah pulak. Kebetulan pulak pagi tu sejuk. Jadi aku sambung tidur sambil berkelubung dengan selimut wekeke
Aku terbangun dalam pukul 9 pagi. Haish bila lah nak taubat ni. Aku pun bangun gosok gigi dan cuci muka. Lepastu pergi dapur (heehee tau kan apa hajat aku... mestilah bukak tudung saji kikikiki) Tengok ada nuget je. So aku bancuh la air Cocoa A+ pastu makan dan minum penuh selera. Lepastu aku tengok tv then tolong akak mandikan baby(baby tu anak buah aku, ya!) Mak mintak tolong print kan recipe tapai pulut. Hmph senang jer google pastu print la. Apa susah. Ayah pulak suruh sapu dapur. Aku pun sapu la dengan ikhlas (orang tamak pahala la katakan) lepastu ayah suruh aku mandi sebab nak pergi rumah orang kahwin. Akak suruh mandi kat tandas bilik dia.. sambil tu berus&basuh baju dia skali... aku pon wat laaa...(yeay dapat pahala lagii) lpastu kene spin skali baju dya.. buat jelah.. pastu aku siap pakai baju kurung dan terus gerak gi rumah orang kawin.. dah knyang teros gerak pergi Pasoh 3 sebab kenduri cukur jambul cucu maklong aku.. jauh gilerr perjalanan tapi aku just tidur kekeke... pastu sampai, tengok baby and then balik.. haha tu je tak best ponn byee... semoga jmpa lagi

Friday, October 23, 2015

THE CURSE

Assalamualaikum.
Harini aku alami tamparan hebat. Sebab apa? 

Sebab Denny tu hah. Dia cakap aku ni budak sesat kelas sebab aku kan pendek so dia kata aku budak darjah satu. AMAT KURANG AJAR BUNYINYA... Aku pun kasi dia cubitan Mas Idayu dan juga karate Jepun tradisi ajaran Nyonya pada belakang badan Denny. Biar dia tahu betapa gangster nya aku ni walaupun kecik molek je.

Lepastu Faim pun bersekongkol sekali. Dia kata "dik darjah berapa dik" Amboi sakitnya hati aku! Aku pun baru je nak cubit dia sama cam Denny tapi tetibe dia bangun untuk lari tapi masa dia nak lari dia tersadung meja aku ! HAHA malu gila orang lain sume tengok. HAHA PADAN MUKA ALLAH TOLONG BALASKAN. AKU TAK YAH PAKAI TANGAN PONN. HEBAT KANN.

Tulah moral of the story is jangan suka rendahkan orang lain. Walaupun kita fikir kita hebat tapi sebenarnya tidak kerana hanya Allah yang sempurna. Kita manusia hanya ciptaannya dan ada kelemahan tersendiri. So cubalah menjadi insan yang tahu menghargai diri sendiri dan menghomati orang lain. Itu saja ceramah free tanpa pascabayar dari saya sekian terima kasih jumpa lagi bye.

Wednesday, October 21, 2015

Satu Penipuan

Aku tahu aku tak layak.
I know I'm not deserve it.
Aku tahu aku tak layak di hati dia.
Aku faham dia bukan untuk aku.
Aku faham dia suka orang lain.
Tapi,..
sekarang aku paksa diri aku untuk lupakan dia.

Ya.
Aku dah tak suka dia dah.
Alhamdulillah.
Aku hidup kat bumi ni bukan untuk menggatal je.
Aku pun nak free. 
Dah taknak diperkotak-katikkan oleh cinta.
Aku boleh hidup tanpa cinta.
Boleh.
Boleh saja.

Siapakah aku.
Di hatimu.
Aku cuma mahu dipedulikan.
Aku tak mahu disisihkan oleh dia.

APA NIIIIII AKU TAKDE SUKE SESAPER LAH AKU TIPU JE AKU JUST MAIN MAIN SEBAB AKU TAK PERNAH SUKE SESAPER BETUL TAK TIPUUUUUUUUU SUMPAH AKU TIPU PASAL YANG KAT ATAS TU HAHAHAHAHA (Ketawa besar sebab berjaya menipu)

Hahaaa haha(tak abis gelak lagi orang tua ni) Sebenarnya aku tulis blog ni nak tulis pasal kegembiraan la bukannya kesedihan dan kesunyian. Aku sayang blog ni. Sebab tulah aku taknak blog ni dikotori oleh komen2 orang luar. Sebab tulah aku taknak blog ni dibaca oleh mata2 liar yang membaca dengan penuh tekun. Aku taknak and again aku taknak.

Aku nak aku sorang je yang jadi tuan punya blog ni dan aku sorang jugak yang baca balik entri2 yang telah aku corat coretkan disini. K k bye i am busy

Tuesday, October 20, 2015

AbOuT_mE..

Assalamualaikum.
Nama aku Ateyn. Umur aku 11 tahun. Lahir 5 September 2004. My zodiac is Virgo.

Ehh muda lagi tulis blog?

Sebab...
Aku ni bangsa yang banyak masalah, selain daripada masalah group. Jadi aku pun tulis la blog, supaya masalah aku terluah daripada terus terpendam. 

Jadi harap2 blog ni hanya aku yang tahu. 


Aku xnak orang lain tahu isi hati aku.


Selain blog ni.


Selain Allah.


Aku cuma nak blog ni! 


And it will be,... 


My Order.